Dicatat oleh Zaireen's

Pengenalan

Sehingga kini, syarikat telah mempunyai sebanyak 13 cawangan di seluruh negeri. Di samping terus membimbing usahawan yang bernaung di bawah syarikat asas perniagaan mencakupi teknik penghasilan jus jambu serta cara memotong jambu yang betul, pengurusan perniagaan dan strategi untuk memaksimumkan pulangan. Syarikat mempunyai visi untuk memasuki satu fasa baru dengan membekalkan produk ke suluruh pasaraya di seluruh negara dan seterusnya bersaing dengan produk yang dihasilkan dari dalam dan luar negara.

Logo Syarikat
Dicatat oleh Zaireen's

Ujian Kandungan Kimia

Syarikat kami bukan sekadar menghasilkan produk untuk memenuhi permintaan pelanggan semata-mata. Kami turut menitikberatkan kualiti produk yang dihasilkan. Produk Serbuk Asam Buahan Tropika yang dibekalkan oleh syarikat telah dihantar ke makmal untuk diuji kandungan bahan kimia mengikut piawaian MS ISO/IEC 17025 pada 16 November 2010.

sijil ujian makmal
. . . . . .

16 December 2011

Lokasi Baru Zaireen's Group

Pihak pengurusan telah mengambil inisiatif menyediakan satu kilang pemprosesan beserta dengan ruang pejabat. Langkah ini dilihat tepat dan sejajar dengan misi syarikat untuk terus memastikan halatuju syarikat lebih fokus serta menitikberatkan kepada sistem pengurusan yang bersistematik dan profesional.

Kilang pemprosesan serbuk asam keluaran Zaireen's Group

Mengikut perancangan syarikat bagi tahun 2012, Zaireen's Group akan beroperasi sepenuhnya di lokasi baru dan sehingga kini proses pemindahan mesin dan susun atur kilang telah mencapai 80%. Sekiranya tiada aral melintang, Zaireen's Group akan merasmikan pembukaan kilang baru pada 1/1/2012.

Sehingga kini, Zaireen's Group masih lagi beroperasi di lokasi lama iaitu Lot 261 Kampung Chempaka, Jalan Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan.

Semoga sokongan padu dan kerjasama yang telah diberikan oleh staff, ejen dan juga pembekal menjadi aset paling berharga bagi Zaireen's Group untuk terus melangkah ke hadapan dan bersaing dengan lebih sihat.