Produk sulung kami telah mula dipasarkan awal tahun ini (2010) dalam pek 100g/RM3 (pesanan minimum 6 pek) dan pek 1kg/RM20 (pesanan minimum 1 pek). Walaubagaimanapun, harga masih boleh dirunding bagi belian dalam kuantiti yang banyak. Selaras dengan matlamat utama kami untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat, keuntungan bukanlah menjadi fokus utama syarikat kami.
serbuk asam boi untuk jus dan buahan segar
Pengenalan
Sehingga kini, syarikat telah mempunyai sebanyak 13 cawangan di seluruh negeri. Di samping terus membimbing usahawan yang bernaung di bawah syarikat asas perniagaan mencakupi teknik penghasilan jus jambu serta cara memotong jambu yang betul, pengurusan perniagaan dan strategi untuk memaksimumkan pulangan. Syarikat mempunyai visi untuk memasuki satu fasa baru dengan membekalkan produk ke suluruh pasaraya di seluruh negara dan seterusnya bersaing dengan produk yang dihasilkan dari dalam dan luar negara.
Ujian Kandungan Kimia
Syarikat kami bukan sekadar menghasilkan produk untuk memenuhi permintaan pelanggan semata-mata. Kami turut menitikberatkan kualiti produk yang dihasilkan. Produk Serbuk Asam Buahan Tropika yang dibekalkan oleh syarikat telah dihantar ke makmal untuk diuji kandungan bahan kimia mengikut piawaian MS ISO/IEC 17025 pada 16 November 2010.
11 December 2010
Produk Serbuk Asam Buahan Tropika
Produk sulung kami telah mula dipasarkan awal tahun ini (2010) dalam pek 100g/RM3 (pesanan minimum 6 pek) dan pek 1kg/RM20 (pesanan minimum 1 pek). Walaubagaimanapun, harga masih boleh dirunding bagi belian dalam kuantiti yang banyak. Selaras dengan matlamat utama kami untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat, keuntungan bukanlah menjadi fokus utama syarikat kami.
10 December 2010
Pengenalan
Ekoran sambutan yang amat menggalakkan dan permintaan yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Syarikat telah memutuskan untuk membuka beberapa cawangan di sekitar ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu dan beberapa bandar dan di antaranya Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Rantau Panjang.
Syarikat tidak menoleh ke belakang dan terus mempolori jualan jus jambu dan jambu potong di Kelantan. Sehingga kini, syarikat telah mempunyai sebanyak 13 cawangan di seluruh negeri. Di samping terus membimbing usahawan yang bernaung di bawah syarikat asas perniagaan mencakupi teknik penghasilan jus jambu serta cara memotong jambu yang betul, pengurusan perniagaan dan strategi untuk memaksimumkan pulangan.



